Isnin, 30 Julai 2018

OBJEKTIF

OBJEKTIF


Kaedah Pengajaran Pendidikan Islam mengajar kami untuk membina Rancangan Pengajaran Harian, Mingguan dan Tahunan.

Sebagai seorang guru profesional, Rancangan Pengajaran Harian perlu disediakan sebelum sesuatu pengajaran dilaksanakan. Apabila seseorang guru dapat membina Rancangan Pengajaran Harian, bermakna beliau telah menguasai isi kandungan, kaedah pengajaran dan dapat meramalkan iklim bilik darjah yang akan dihadapinya.

Kejayaan sesuatu pengajaran yang disampaikan oleh guru di dalam kelas bergantung sepenuhnya kepada kebijaksanaan guru untuk membuat perancangan dan persediaan rapi sebelum memulakan sesi pengajaran.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan