PENGENALAN
Merupakan
satu dokumen rasmi penting kepada seorang guru professional yang perlu
disediakan sebelum sesuatu pengajaran dilaksanakan.
DEFINISI
Penulisan tentang kaedah
pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran bagi satu matapelajaran pada
sesuatu hari tertentu menggunakan format-format yang telah ditetapkan.
KEPENTINGAN RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
A Merancang pengajaran guru dan
pembelajaran murid dengan teliti agar menepati sukatan pengajaran yang
ditetapkan.
A Menggunakan masa pengajaran,
secara optimum.
A Menyediakan satu siri aktiviti
untuk membantu murid
A Mencapai hasil pembelajaran,
meningkatkan kemahiran yang dikehendaki, menerap nilai-nilai murni dan progress
penilaian yang terancang.
A Persediaan mengajar juga dapat
membantu guru mengingati isi pelajaran yang hendak disampaikan tanpa sebarang
keraguan.
A Menyediakan Bahan Bantu
Mengajar dan strategi, kaedah dan teknik pengajaran yang perlu untuk
menyampaikan sesuatu isi pelajaran dengan berkesan sesuai dengan tahap
kemahiran murid.
A Mengembangkan langkah aktiviti
pengajaran secara lancar, tersusun dan sistematik.
A Guru dapat meramal situasi
didalam kelas, seterusnya membuat persediaan langkah-langkah untuk mengatasi
masalah.
A Meningkatkan keyakinan diri
guru semasa proses pengajaran berlangsung.
A Memberi peluang kepada guru
pengganti mengambil alih tugas pengajaran dengan mudah dan berkesan.
PERSEDIAAN MENGAJAR
- Satu
perancangan yang terdiri daripada langkah-langkah pengajaran yang akan
dilaksanakan oleh guru dalam bilik darjah.
- Ia
terdiri daripada butiran am, tajuk pelajaran, objektif, kemahiran serta bahan
bantu mengajar.
- Pengetahuan
sedia adapelajar perlu juga dipertimbangkan sebelum memulakan sesi pengajaran.
Selain itu, penerapan ilmu dan nilai murni kepada para pelajar bagi seperti
kerjasama, kerajinan, keberanian, dan amanah penting.
- Dapat
meningkatkan ilmu pengetahuan dan memberikan pengalaman baru kepada pelajar
serta dapat membantu akhlak terpuji yang dapat diamalkan oleh mereka dalam
kehidupan seharian.
KEPENTINGAN PERSEDIAAN
MENGAJAR
- Membolehkan
guru menentukan obektif pengajaran yang sesuai dengan sukatan pelajaran dan
kebolehan pelajar.
- Guru
juga dapat menentukan pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran yang
sesuai dengan objektif pengajaran.
- Dapat
membantu guru memilih bahan dan sumber serta aktiviti yang sesuai.
- Guru
juga dapat memastikan semua isi pelajaran dapat disampaikan kepada murid dengan
baik.
- Adanya
persediaan mengajar, guru akan memikirkan dengan terang matlamat atau
objektkif, pemilihan isi penting, dan susun secara mengajar, perancangan
aktiviti dan persediaan penilaian.
- Persediaan
mengajar dapat memastikan guru agar tidak menyeleweng dalam pengajaran